TANAH MERAH: Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini, menetapkan 8 Okt ini sebagai tarikh untuk seorang peniaga membuat sumpah laknat bagi menafikan pernah melafaz cerai ke atas isteri keduanya yang didakwa mempunyai dua suami.
Hakim Ahmad Hariri Mohd Saad membuat penetapan itu terhadap Rahaman K A Mohamed Jaafar, 47, yang juga defendan bagi kes pengesahan lafaz cerai terhadap plaintif, Wan Nor Shakirin Wan Abdul Razak, 32.
Mahkamah menetapkan sumpah itu dilakukan selepas mendapati keterangan dikemukakan Wan Nor Shakirin tidak kukuh.
Wan Nor Shakirin sebelum itu memberitahu mahkamah, Rahaman sudah melafazkan cerai talak tiga ke atasnya namun lelaki berkenaan menafikan perkara tersebut.
Pasangan suami isteri itu mendirikan rumah tangga pada 2 Jan 2019 di Narathiwat, Thailand dan disahkan mengikut hukum syarak oleh mahkamah tersebut pada 6 Jun lalu serta didaftarkan di Pejabat Agama Jajahan Tanah Merah.
Namun, Rahaman mendapat maklumat daripada pihak pejabat agama di Putrajaya bahawa Wan Nor Shakirin sudah berkahwin lagi dengan seorang lelaki lain iaitu Mohd Kamarulazhar Ayob, 42.
Susulan itu, pada 5 Julai lalu, Rahaman melalui peguam syarie, Marzuqi Muhamad memfailkan tuntutan faraq (pemisahan atau pembubaran) nikah terhadap perkahwinan antara Wan Nor Shakirin dan Mohd Kamarulazhar di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu.
Pada 7 Ogos lalu, mahkamah memutuskan perintah faraq nikah sementara terhadap perkahwinan Wan Nor Shakirin dan Mohd Kamarulazhar sehingga kes pengesahan lafaz cerai antara Wan Nor Shakirin serta Rahaman selesai sebelum meneruskan semula kes tuntutan faraq nikah itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 13 2023
Wan Nor Shakirin Wan Abdul Razak, 32, isteri kepada Rahaman K A Mohamed Jaafar, 47, hadir di Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah hari ini. - Foto BERNAMA
Akaun 3: Keputusan KWSP beri pilihan kepada pencarum wajar - Pakar kewangan
Keputusan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk memberi pilihan kepada pencarum tidak memindahkan caruman mereka ke dalam Akaun 3 (Akaun Fleksibel) adalah satu langkah yang wajar.
Anggota tentera meninggal dunia selepas acara larian
Allahyarham Staf Sarjan Mohd Irfan Faizal Ismail, 41, meninggal dunia ketika mendapat rawatan di hospital kira-kira jam 10.25 malam.
Blockout 2024: 'Semua pihak jangan ambil tindakan ekstrem' - Menteri agama
Semua pihak diseru supaya tidak mengambil tindakan ekstrem termasuk memfitnah, mencaci dan mengugut dalam menunjukkan tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
Kolaborasi negara pesat membangun perlu diperkukuh, sokong ekonomi - Anwar
Kolaborasi antara negara sedang pesat membangun perlu diperkukuh agar dapat menyokong pertumbuhan ekonomi masing-masing dalam kalangan negara yang terlibat, kata Anwar.
Projek naik taraf Jalan Persekutuan FT3210 Hulu Langat manfaat 52,000 pengguna
Projek menaik taraf Jalan Persekutuan FT3210 dari Jalan Dato Alias ke persimpangan Batu 9, Hulu Langat yang dijangka siap pertengahan 2026.
EPL: VAR singkirkan keseronokan dalam bola sepak - Wayne Rooney
Wayne Rooney, berharap agar Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak lagi menggunakan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan liga musim depan.
Pemancing hilang di Empangan Tasik Pedu ditemui lemas
Mayat pemancing yang dipercayai lemas di Empangan Tasik Pedu, dekat Kuala Nerang pada Khamis lepas ditemui hari ini.
Harimau Malaya bakal uji kekuatan Indonesia?
Harimau Malaya dijangkakan akan menguji kekuatan Indonesia dalam satu perlawanan persahabatan sebelum bermulanya saingan Piala ASEAN 2024 nanti.
Taman Eko Rimba KL berpotensi jadi tarikan pelancong - Nik Nazmi
Taman Eko Rimba Kuala Lumpur (TERKL) di Bukit Nenas berpotensi untuk dibangun dan dipromosikan sebagai satu lagi tarikan di ibu kota, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.
Arsenal tidak akan menjadi juara liga - Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo, berkongsi pendapatnya dengan menjelaskan bahawa Arsenal tidak akan menjadi juara Liga Perdana Inggeris (EPL).
Mahkamah tetapkan 8 Okt tarikh sumpah laknat terhadap wanita dua suami
Mahkamah menetapkan sumpah itu dilakukan selepas mendapati keterangan dikemukakan Wan Nor Shakirin tidak kukuh.
"Saya tidak akan bersumpah kerana saya bercakap benar" - Muhyiddin jawab Zahid Hamidi
Terpulang pada Ahmad Zahid untuk bersumpah berapa kali pun, namun, Muhyiddin secara peribadi tidak akan berbuat demikian.
Pengakuan sumpah laknat wanita libat bekas ADUN Johor tidak ganggu siasatan polis
Tindakan seorang wanita yang membuat pengakuan sumpah laknat melibatkan dakwaan kes cabul oleh seorang bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Johor, tidak menganggu siasatan pihak polis.
Penjawat awam angkat sumpah laknat wajar dipertimbang
Kata Wan Ahmad Fayhsal, ia sekurang-kurangnya asas untuk memagari tindak-tanduk penjawat awam supaya tidak terlibat dengan rasuah.
SD Azilah: Puluhan individu akan dipanggil beri keterangan - KPN
Beliau berkata saksi dan individu terlibat akan dipanggil dalam masa terdekat dan siasatan berhubung SD berkenaan sedang berjalan.
Kes bunuh Altantuya: 'Sumpah haram panah lintar' tak cukup, perlu buka semula siasatan - Mahfuz
Tindakan untuk melaksanakan Akuan Bersumpah (SD) dan sumpah laknat oleh kedua-dua belah pihak yang didakwa terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, adalah tidak mencukupi.
Teks penuh sumpah laknat Najib Razak
Tanggal 20 Disember selepas solat Jumaat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengangkat sumpah laknat di Masjid Kampung Baru di ibu negara.
Sumpah laknat: "Saya tidak pernah jumpa, tidak mengenali Altantuya" - Najib Razak
"Saya tidak pernah mengarahkan mana-mana individu untuk membunuh seorang wanita warganegara Mongolia yang bernama Altantuya Shaariibuu."
Noorshila Amin tuntut sumpah laknat dalam tempoh 44 hari
Selain membuat laporan polis berhubung fitnah yang dilemparkan terhadapnya dan keluarga, Noorshila Amin turut menuntut individu yang terbabit menyebarkan fitnah untuk mengangkat sumpah laknat.
Dakwaan jatuhkan PM - Zahid sedia lafaz 'sumpah laknat'
Ahmad Zahid berkata beliau sedia berbuat demikian di mana-mana masjid di seluruh negara dan dalam masa sama, turut mencabar Dr Mahathir bersumpah di masjid mengakui dakwaannya benar.